Thursday 11 August 2016

why dear HEART? 💔

Bila berkaitan hati ni kan, first time aku rasa camni. Sakit. Perit. Susah. Kadang2 banyak je salah dia, banyak je silap dia. Kita still terima dia. Tapi kenapa dia yang jauhkan diri? Bukan nak ungkit apa apa, tapi tak pikir ke hati perasaan aku ni. Kau datang, kau ambik hati aku. Kau blah camtu je. Susah weh. Aku try lupakan kau. Tak boleh beb. Aku nangis lepas solat. Mohon Allah supaya aku lupakan kau. Buang perasaan ni. Tapi makin lama makin menjadi jadi. Sakit. Sangat sakit. Selama aku ada teman rapat laki, kau sorang je lah camni, pelik. Kuat betul bermain perasaan.   Mungkin before kau curi hati aku, perangai kau lain. Sekarang ni, lain sangat. Kalau ingat balik mmg kelakar la. Ubat apa kau pakai sampai aku jadi camni haa. Ramai lagi better, ye aku tahu. Aku nampak. Tapi aku tutup mata je. Sebab aku pikir kau. semua benda aku buat, aku kena jaga hati kau. Tapi kau tak pernah pun kan. Kenapa eh. Sampainya hati. Sampai bila aku nak macam ni, menaruh hati pada yg tak sudi. Rindu dekat yang tak sudi. Semua tak sudi. Maybe sebab sekarang aku masih cuti, sorang, tak buat apa. Mmg selalu pikir je la benda benda melalaikan ni. Serious talk. Ini first time hahaha sebab aku sayang kau tahu dak. Cam bodoh en sayang dekat org tak sudi. Hahaha

Tapi persoalannya...

Samapi bila...? 😔

Monday 11 January 2016

The ukhwah between us 💪🏻💝

Allahyutfah alaik , dear Asasian batch14❤ moga Allah kuatkan hati kita semua. Nak final kannn. Do the best okay. Jangan buat perkara tak elok tau.

                                            Moments ni before pindah kelas lain. Hmm 😔

Dear FA022B classmates, kita kasi 4flat sem ni okay? Thankyou for the moments. Even tak rapat sangat and sorry kalau tetibe masuk kelas korang. May Allah give us the best result. InshaAllah :')

Dear exFA021A, thankyou for the memories. The moments at Dominos paling the best. Ukhwah kita inshaAllah sampai ke Jannah. Sayang korang❤

Dear awak, buat exam elok elok. Dapatkan 3.5 above okay. Jangan main main dah. Forgive all my wrong doings. Banyak salah ni. I tahu... lagi lagi apa yg terjadi lately ni. Forgive me. Hm, sama sama kita perbaiki diri ni.

Lastly,dear my beloved parents, Mama Abah, akak akan buktikan untuk dapat yg terbaik. Thankyou for your supports. I really appreciate it. Sorry if i had make you both upset. I promise i will prove it and make both of u proud. I love you so xo mama abah❤

Wow, im 19 now!

Ahlan wasahlan 2016! Finally im 19. Dah tua dah aku. Wehh lama gila tak update blog. Serious lamaaa. Dah 2 tahun dah :'> Alhamdulillah dengan result SPM, aku masuk ke KUIS. Sebenarnya tak dijangka akan masuk ke sini. Abah yang cari. Huhu. Okay, bermula tarikh 1.7.2015, aku mendaftar ke sini. Macam macam perangai manusia aku jumpa kat sini. I miss my semester 1, serious rindu gila. Rindu FA021A, rindu group jalan jalan, rindu group Buddzy, rindu asraf yang dulu :p haha okay lain topik. Hm tapi sekarang semester 2 semua dah lain. Classmates lain... rindu classmates dulu..... tapi nak buat camne, kena terima takdir. Huhu. Saya ada dua orang manusia feveret saya kat sini. Tapi perangai kentut oh. Busuk! Haha. Bermula kisah triple A ni, tak dijangka pun akan jadi rapat serapatnya. Seriousss. Pertemuan kami tak di rancang. Tapii aku bersyukur kat sini aku agak berubah la berbanding dengan mrsm dulu. Serious. Zaman jahiliah, well said. I love the surrounding. The islamic feels tuuu sangat rasa. Kalau rasa nak jaga batas pergaulan tu meh masuk sini. Huhu, lecturer dia pun terbaik beb. Lagi lagi kalau masuk asasi ni. Rasa ukhwah diaa ummm sangat. Terbaik aku cakap! Tapi tak boleh lawan ukhwah dengan FA021A la.. huhu, rindu sangat sangat. Btw, lagi 2minggu nak final. Nak habis sem 2, sekejap je rasa... nanti masuk sem3 pastu degree.... abah kata degree mungkin keluar kuis. Hm dengan izin Allah :') i hv someone here. That someone really changed me. Even banyak sakitkan hati, haha annoying gila. I put trust on him. Jaga hati beb. Hm lagipun dia tak suka lebih2 ni. Pastu sampai dia kata aku ni tak matang.... o...kay... haha dah la. Tak boleh cerita lebih :p okay, sampai sini saje. Nanti aku update lagi. Assalammualaikum.

Monday 2 December 2013

Welcome 2014 ! Bye bye 2013 :')


LETS ENJOY OUR YOUNG LIFE!

Assalamualaikum semua!! Ya Allah, dah lama aku tak bukak blog, sumpah lamaa. Last updated pun tahun lepas. Biasalah dah form 4 en. Always busy. Hehehe. Btw, nak cerita start 2013 sampai sekarang memang tak akan habis. Sangat panjang+banyak cerita yang nak diceritakan. So aku akan pendek kan. Hehehe. Okay, bismillahirrahmanirrahim. 2013, alhamdulillah, PMR 2012 aku dapat 8A's :') And waktu ambil result tahun lepas, jumpa beberapa je classmates. Sedih lah jugak. Dah lah tak boleh lama lama duduk maktab, sbb nak pergi holiday :( Awal awal tahun 2013, ada KIKS. Nak je post gambar baju KIKS tapi baju kat atas pulak. Hahaha, maleh nak ambik. Waktu KIKS ni lah moments terakhir dgn classmates lama. IbnuKhaldun 10-12. Hm, rindu sangat dorang. Tapi sekarang dorang macam lebih suka classmates baru. Hmm, idk why :') tapi biarlah, janji dorang happy ! Lepas KIKS bermula lah kehidupan upper form. Pergh, banyak sangat liku+cabaran+rintangan+halangan tahun ni. Senang cerita tahun ni aku paling banyak nangis :'p hahaha, sebab? tak usah dicerita. macam macam kot. Pasal classmates baru buat hal. Errr, ada satu cerita aku tak nak sebut. kisah lama dan aku tak akan ingat dah! Seriously, inilah kenangan pahit+masam+tawar+masin! Semuaaa ada -.- Haih, tapi akhir akhir ni classmates baru aku dah okay dah. Kami GILA GILA xD hehehe. Lupa nak bagitahu, kelas aku tahun ni 4 AL-GHAZALI . hehe, aku sukaaaaa sangat classmates aku tahun ni. Gila gila punya orang, especially Aniq, Hasni, Nadia, Zaki, Shun. Kalau bersatu, memang tergelak gelak tak ingat dunia lah. Kalau lelaki pulak, best lah. Sama je GILA GILA jugak. Farid suka saiko kat kelas, Irfan pun sama. Ish ish, senang cerita classmates aku sukar dibendung. Hahaha, budak budak baru pun sama. Aizad aka Nyet dan Fathi. hahaha, nampak je pendiam tapi... ugh, mesti buat kitorang gelak gelak. Haha, kalau nak cerita pasal classmates baru pun macam tak akan habis. Haha, satu lagi. Tahun ni aku selalu naik padang! Hahaha, kurus aku cenni xP Sebab? Classmates baru lah. Kalau tak nampak budak AG kat padang, mmg tak sah! haha, sayang classmates aku! Tapi geram lah jugak, sebab classmates aku tahun ni ramai pandai pandai. Ugh, geram akuuu. Tapi aku kena bersyukur jugak, dorang boleh ajar aku. Haih, tahun depan SPM woi. Serious, I'm not ready yet :o Study pun, ala ala je. Haih. So , I need to be MORE serious next year! Yes, I must! Hehe, cuti ni pun tak study lagi. Apa lah -.- Nak pergi tuition tapi asyik sibuk je. Hm, nanti nak flying lagi, mmg takde masa nak tuition. And one more! I'll remember this date, 25.11.2013 :'D hehehe. Nak cerita ke? Alaa, tak payah lah, malu aku. Haha, lol. Okay lah, hari ni dah 2 Disember, another 30 days for enjoying this holiday, and next? Fighting for SPM! Yeayy! Hehehe, alrite. Got to go. Bangga dapat post pada malam ini. Haha, till meet me again! Adios xx

Monday 29 October 2012

PMR IS OVER ✨

Hai , assalamualaikum , hahaha, setelah bertungkus lumus untuk PMR yang hanya beberapa hari itu , akhirnya kami bebas , haha, jgn lupa SPM menanti, btw, dah lama tak update blog , mesti dah berserabut kan? Saya rindu akan suasana sebelum PMR , lepas PMR ni rasa bosan yang teramat , saya rindu rakan2 saya. Sangaaaat :'(

ANNUAL DINNER 2012 ❤

MISS THEM SO MUCH 💕  
3 IBNU KHALDUN 2012

Wednesday 12 September 2012

PMR just around the corner ! :O

Assalamualaikum,
Dah lame x update blog , mesti dah berhabukk kan ? xD  takde lah, kite sibuk laa, takde mase, skrang ni pun sibuk dgn pmr, hm, lagi 26 hari nk pmr ??!! haha, jgn t'kjut sngt laa, adoi, ainin sofiya, adakah anda sudah bersedia?? InsyaAllah , ya! haha, betulkah ini? Mintak2 straight A's la, Amin! :DD kite harap sume kat luar yg m'bce tuh doakan ainin dpt 8A tau, AMIN !okey lah, nanti kalu ainin tak bz , ainin update lagi, nak study, :) hihihi byebyee.

Comel en baby ni? Future kid. In sha Allah :D